Ogos Programme
Ogos  

SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA KHALIFAH INSTITUTE 2010/1431H  

Assalamualaikum

Saudara dan saudari yang dihormati,

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan, Ramadhan yang dirindu menjelma lagi. Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang untuk bertemu dan beribadah dalam bulan yang penuh barakah ini. Bagi pihak Khalifah Institute, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang dana Khalifah Institute pada Ramadhan yang lepas .

InsyaAllah, sumbangan anda telah disalurkan kepada usaha-usaha menyebarkan ilmu berkaitan Kaedah Khalifah bagi menjana kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat sesuai dengan misi Khalifah Institute, ‘Shaping Excellent Character through Khalifah Method’. Usaha ini dilakukan melalui program-program dan aktiviti-aktiviti latihan berbentuk seminar, bengkel, kuliah dan perkhemahan. Usaha dakwah dan perkongsian ilmu ini sesungguhnya memberi manfaat yang tidak ternilai kepada masyarakat. Sumbangan anda membantu untuk membiayai sebahagian program-program bersama pelajar-pelajar universiti, seminar keibubapaan, latihan intensif untuk guru-guru, program Ihya’ Ramadhan untuk remaja dan kanak-kanak yang diberi secara percuma. Kelangsungan dakwah ini dikendalikan oleh para sukarelawan Khalifah Institute yang berusaha keras tanpa mengenal penat lelah untuk berkongsi dan menyebarkan ilmu ini, InsyaAllah.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kami memohon sokongan berterusan dari saudara dan saudari agar usaha yang dijalankan ini dapat diteruskan, semoga segala usaha yang dilakukan akan mendapat ganjaran yang sangat besar di sisi Allah. Sumbangan yang diberikan akan membantu melancarkan lagi perancangan-perancangan yang dirangka demi membawa Umat Islam Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya ke arah kecemerlangan dan kegemilangan yang hakiki di sisi Yang Maha Esa.

Semoga dengan usaha yang dihulurkan berbentuk sumbangan ikhlas oleh saudara dan saudari dikurniakan barakah dan keredhaan Allah di kehidupan dunia mahupun kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Jazakallahukhairan kathira.


Dr. Abdul Aziz b. Azimullah

Pemegang Amanah, Khalifah Institute

                                                                                                                                                               

Alhamdulillah, di bulan Ramadhan al-Mubarak ini, saya ingin menyumbang kepada Khalifah Institute

Disertakan di sini cek/wang pos/tunai No: _____________ bernilai RM _____________ atas nama “KHALIFAH INSTITUTE” Bank Islam 12113010021123 (Taman Melawati, KL)

 

Nama/Organisasi : _________________________________________________

 

Alamat : _________________________________________________

 

_________________________________________________

 

Tel/ H.p : ______________ Faks : ______________
E-mail : ________________

 

KHALIFAH INSTITUTE

427, Jalan 2, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang, Selangor.

Tel : 03-4256 6810  Fax: 03-4256 5423 E-mail: khalifahproject@yahoo.com

 



KHALIFAH INSTITUTE

427, Jalan 2, Taman Ampang Utama,
68000 Ampang, Selangor

Tel:
03-4256 6810
Fax: 03-4256 5423
Email: khalifahproject@yahoo.com

http://islamic-world.net

http://www.khalifahtraining.com/v2/


Main Menu
Home
About Us
Founder
Board of Trustees
News Clipping
Testimonials 
Programmes
Khalifah Training Organized by Khalifah Institute 
Khalifah Model School
Feedback
Contact Us
Publication (Khalifah Project)
Download
Powerpoint Presentation at 43rd Annual ISNA Convention by A. Karim Omar (Trustee of Khalifah Institute)
Order Form   
Copyright (c) Khalifah Institute. All rights reserved.
Developed by: Webmaster (www.islamic-world.net)