Bengkel Baligh Siri Remaja Khalifah
Programme
SIRI REMAJA KHALIFAH (LELAKI)MELANGKAH KE ALAM DEWASA "Remaja Bertakwa Akhlaq Terpelihara"
Tarikh:
10 Oktober 2010 (Ahad)
Masa:
8.00 pg - 5.00 ptg
Penyertaan:
RM80.00 seorang/RM50.00(ibubapa)
Bertempat di:
BILIK LATIHAN, KHALIFAH INSTITUTE
427, Jalan 2, Taman Ampang Utama , 68000 Ampang Selangor
Tel: 03-4256 6810 Fax: 03-4256 5423 email:
khalifahproject@yahoo.com
Dianjurkan oleh:
Khalifah Youth Circle, Khalifah Institute
PENGENALAN :
Peringkat baligh merupakan fasa yang penting dalam kehidupan seseorang individu. Kanak-kanak lelaki akan menghadapi perubahan yang besar apabila mereka mencapai peringkat baligh dan seterusnya memasuki alam dewasa. Walaupun ini berlaku secara semulajadi, pengetahuan tentang perubahan ini dan isu-isu yang berkaitan dengannya adalah sesuatu yang harus dipelajari dan difahami. Selain daripada perubahan fizikal dan emosi, perubahan yang lebih penting yang akan dihadapi oleh semua anak-anak ialah tanggungjawab selepas baligh kerana anak-anak ini sekarang adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala dosa dan pahala berhubung segala perbuatan mereka.
Malangnya, seringkali anak-anak ini tidak disediakan dari awal untuk menghadapi perubahan besar ini. Selain itu, isu-isu penting seperti pengetahuan seks amat jarang dibincangkan. Kebanyakan ibu bapa berasa agak malu untuk berbincang dengan anak-anak mereka tentang isu seperti ini. Akibatnya, anak-anak ini menggunakan sumber-sumber lain seperti kawan-kawan mereka dan media massa untuk memenuhi rasa ingin tahu mereka.
Apabila membicarakan tentang pendidikan seks, ramai yang melihatnya dari sudut fizikal atau lahiriah semata-mata. Dalam Islam, aspek seksual sentiasa dibincangkan seiring dengan tanggungjawab agama dan amalan Islam sebagai satu cara hidup. Inilah yang perlu ditekankan kepada anak-anak dari awal untuk membentuk muslimin yang bertaqwa. Anak-anak perlu dipupuk kecintaan kepada Allah swt sedalam-dalamnya dan kecintaan untuk melaksanakan tanggung jawab mereka sebagai khalifah di muka bumi.
Dengan ini timbullah keperluan untuk mengadakan satu bengkel kefahaman tentang proses baligh kepada kanak-kanak lelaki. Isu-isu yang bersangkutan khususnya pendidikan seks akan dibincangkan secara lebih menyeluruh dan merangkumi aspek fizikal dan spiritual. Bengkel ini terbuka untuk anak-anak lelaki berumur 12 hingga 15 tahun. Kehadiran ibu bapa sebagai pemerhati juga digalakkan bagi memupuk suatu hubungan yang sangat istimewa antara ibu bapa dan anak kerana perkongsian ilmu yang begitu suci tetapi sukar dibincangkan ini merupakan titik permulaan untuk memulakan perbincangan terbuka dan menjalinkan hubungan yang mesra antara ibu bapa dan anak.
OBJEKTIF PROGRAM :
1. Memberi maklumat kepada anak-anak lelaki mengenai isu-isu penting berhubung proses baligh dan pendidikan seks dari perspektif sains dan agama.
2. Menyedarkan anak-anak lelaki tentang tanggungjawab agama setelah baligh.
3. Memberi kesedaran kepada anak-anak lelaki tentang isu perhubungan lelaki dan perempuan berlandaskan syariat Islam.
4. Membuka jalan kepada para ibu bapa untuk berbincang isu-isu berhubung pendidikan seks secara terbuka dan ikhlas dengan anak-anak lelaki mereka pada masa akan datang.
PROGRAM
| 8:00
pg |
:
|
Pendaftaran |
| 8:30
pg |
:
|
Ice Breaking |
| 9:00
pg |
:
|
Sesi 1: "Anatomi dan Fisiologi Sistem Reproduktif" (perbincangan mengenai perubahan emosi dan fizikal serta pendidikan seks |
| 10:30
pg |
:
|
Minum Pagi |
| 11:00
tgh |
:
|
Sesi 2: Lelaki Sebagai Pelindung (perbincangan mengenai tanggung jawab agama sesudah baligh) |
| 12:00
tgh |
:
|
Aktiviti Dalam Kumpulan |
| 1:00
ptg |
:
|
Makan Tengah Hari & Solat Zohor Berjemaah |
| 2:00
ptg |
:
|
Sesi 3: Manual Cinta (perbincangan mengenai perhubungan antaralelaki dan perempuan) |
| 3:00
ptg |
:
|
Plan Tindakan: "Strategi Menghadapi Cabaran Kini" |
| 4:00
ptg |
:
|
Resolusi dan Penutup; Solat Asar Berjemaah |
| 5:00
ptg |
:
|
Bersurai |
| Penceramah: |
| |
|
Dr. Kamarul Azahar Mohd Razali (Pakar Peruding Kanan Pediatrik dan Penyakit Berjangkit, Paediatric Institute,
Hospital Kuala Lumpur) |
| |
|
Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam Training & Consultancy, Penulis
Buku “Aku Terima Nikahnya”) |
| |
|
Saudara Muhammad Qayyum Abdul Raof (Trainer, Khalifah Institute) |
BORANG PENDAFTARAN:
| NAMA PESERTA |
:
|
|
| UMUR |
:
|
|
| NAMA IBU BAPA/PENJAGA |
:
|
|
ALAMAT |
:
|
|
| TEL
|
:
|
(HP) |
(R) |
(P) |
| E-MAIL |
:
|
|
|
Tempat: 35 Peserta Sahaja (Tidak Termasuk Ibubapa)
Terbuka kepada 12 hingga 15 tahun
Yuran: RM80.00 seorang/ RM50 (ibubapa)
Untuk Pendaftaran: Sila isi borang di atas dan hantarkan ke Khalifah Institute di alamat
KHALIFAH INSTITUTE
427, Jalan 2, Taman Ampang Utama , 68000 Ampang Selangor
Tel: 03-4256 6810 Fax: 03-4256 5423
Email borang pendaftaran kepada khalifahproject@yahoo.com atau
SMS maklumat diri (seperti yang terdapat di dalam BORANG PENDAFTARAN) kepada 012-932 6959 / 013-233 6312 atau
Faxkan borang pendaftaran ke 03 42565423
Hubungi kami: 03-4256 6810 (Farah) 012-932 6959 (Huda) / 013-233 6312 (Mursyidi) untuk pengesahan pendaftaran atau untuk keterangan lanjut.
Pembayaran perlu dibuat sebelum 7hb. Oktober 2010. Pembayaran boleh dibuat melalui: Akaun Maybank KI Training & Consultancy Sdn. Bhd.
Account No.:
562674202306
|
|
|
|