We are organizing Islamic Month throughout August & September 2010. Below are various activities that we have planned for this month.
(1) Morning Speech Competition
(2) Tadarus Al-Quran
(3) Asma'ul Husna Presentation
(4) Tazkiran on every Friday
(5) Khatam Al-Quran & Closing Ceremony of Islamic Month
Date : 3rd September 2010 (Friday)
Venue: KMS
Hari Raya Aidilfitri Open House & Open Day
Date : 9 September 2010 (Saturday)
Time : 9.00 a.m. - 1.00 p.m
Everybody is welcomed. We are now accepting enrollment for 2011. InsyaAllah we will have 2 classes of Year 1 next year.
Hurry! Place is limited.
There will be open interview session for new enrollment.
BAYAR CUKAI MELALUI ZAKAT
1. Cukai anda boleh dijelaskan dalam tiga kaedah iaitu: membuat potongan cukai
berjadual (PCB), bayaran terus ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau
membayar zakat.
2.
Sekiranya seorang pembayar cukai, membuat pembayaran zakat, beliau
dikecualikan daripada membayar cukai. Menurut pindaan akta cukai
Pendapatan 1967 seksyen 6A(3), potongan rebet sepenuhnya akan di berikan
kepada pembayar zakat dari jumlah cukai yang dikenakan apabila
dikemukakan *resit rasmi dari Baitulmal Negeri.
3.
Alhamdulillah, Baitulmal Negeri Perlis telah melantik Khalifah Model
School (KMS) sebagai agen pemungut zakat, di mana Baitulmal Negeri
Perlis akan menyumbangkan sebahagian daripada kutipan zakat ini kepada
pihak sekolah daripada asnaf fisabilillah. Wang zakat yang dikumpulkan
akan digunakan untuk pembangunan sekolah.
4. Dengan
membayar zakat kepada Baitulmal Negeri Perlis melalui
KMS (dengan mengisi borang yang dikepilkan), resit rasmi akan
dikeluarkan oleh Baitulmal Negeri Perlis atas nama pembayar zakat dan
resit ini boleh digunakan untuk mendapat pelepasan cukai sepenuhnya
daripada pihak
Lembaga Hasil Dalam Negeri. Resit rasmi akan dihantar ke KMS
untuk dipanjangkan kepada pembayar zakat.
5. Untuk
memastikan kutipan zakat disalurkan balik kepada KMS sila isi
borang yang dikepilkan bersama dengan cek bayaran zakat
yang ditulis atas nama “Majlis
Agama Islam Perlis” dan hantar ke KMS untuk dimajukan kepada
Baitulmal Negeri Perlis atau terus ke Baitulmal Negeri Perlis.
KHALIFAH MODEL SCHOOL (KMS)
Khalifah Model School atau Sekolah Mithali Khalifah merupakan
sekolah rendah Islam
integrasi berteraskan sistem sepadu KBSR dan
Pendidikan Islam. Sekolah ini telah ditubuhkan
pada tahun 2006 di bawah naungan Khalifah Institute oleh Allayarham Prof.
Muhammad Al-Mahdi Jenkins sebagai sekolah contoh untuk
mengaplikasikan Kaedah Khalifah di dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan generasi pelajar yang
cemerlang dari aspek Iman, ilmu dan akhlak. Kaedah Khalifah menekankan
penghayatan nilai-nilai Islam dan komunikasi positif di dalam
mentarbiah murid-murid.
Misi
sekolah adalah untuk melahirkan pelajar yang cintakan Allah dan Islam,
berakhlak mulia, serta mempunyai motivasi yang tinggi dalam menuntut ilmu.
Anak-anak dilatih dari peringkat awal persekolahan supaya menghayati dalam
ertikata sebenarnya amar makruf nahi mungkar secara bijaksana dengan
menggunakan perkataan yang baik dan dengan itu mereka akan sendirinya
memilih untuk melakukan segala yang baik dan meninggalkan segala yang
mungkar. KMS menitikberatkan sama penting aspek-aspek
kerohanian dan akademik pelajar.
Selain menjadi sekolah contoh, Khalifah Institute berhasrat untuk menjadikan
KMS sebagai pusat bagi melatih guru-guru dan para pendidik di Malaysia dan
juga seluruh duria, aplikasi Kaedah Khalifah di dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi melahirkan pelajar-pelajar yang
cemerlang dalam ertikata yang sebenarnya iaitu berjaya dalam dunia moden
dari segi akademik dan kerjaya di samping memegang teguh amalan dan cara
hidup Islam.
Usaha pembangunan
modal insan ini sudah pastinya memerlukan pelbagai kemudahan termasuk
keperluan tenaga manusia dan prasarana bangunan yang melibatkan perbelanjaan
yang tinggi. Pihak sekolah merasakan ahli masyarakat
merupakan sumber yang penting untuk sama-sama terlibat di dalam merealisasi
hasrat ini. Alhamdulillah
salah satu pendekatannya adalah dengan menyalurkan
zakat pendapatan atau perniagaan tuan-tuan dan puan-puan melalui KMS
(sebagai agen zakat) kepada Baitulmal Negeri Perlis yang akan menyumbangkan
sebahagian daripada kutipan zakat ini kepada KMS. Semoga usaha murni ini
mendapat keredhaan Allah swt.
ALAMAT:
Khalifah Model School
No
427, Jalan 2,
Taman Ampang Utama,
68000, Ampang, Selangor.
Baitulmal Negeri Perlis
Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis,
Aras
Bawah Kompleks Islam,
01000 Kangar, Perlis.
*
Pembayar zakat yang menggunakan e-filing hendaklah menyimpan semua
resit zakat selama 5 tahun bagi tujuan rekod.