RUMUSAN UNTUK IBU BAPA
- Ibu bapa perlu bincangkan sasaran bersama anak-anak supaya tercapai
sasaran yang dikehendaki.
- Libatkan semua ahli keluarga untuk memahami Hukum Pembelajaran supaya
boleh dikongsi, dihayati dan mendapat kerjasama semua pihak untuk mencapai
sasaran.
- Penting bagi ibu bapa mengukuhkan tabiat baik melalui pengaruh positif
terarah.

- Ibu bapa harus sedar bahawa kelakuan baik bukan berlaku secara spontan
tetapi memerlukan usaha berterusan secara terancang.
- Usaha berterusan ini dilakukan melalui langkah-langkah kecil ke arah
matlamat akhir.
- Aplikasi Hukum Pembelajaran boleh dirumuskan dalam kisah ayam.

APLIKASI HUKUM PEMBELAJARAN: KISAH AYAM

Kisah benar di bawah menunjukkan bagaimana Hukum Pembelajaran digunakan untuk melatih seekor ayam.
Matlamat: Mengajar seekor ayam berdiri di atas satu kaki dan berpusing ke kanan satu pusingan serta mematuk butang dihadapannya.
Masalah: Adalah sukar untuk kita (manusia) mengajar seekor ayam untuk melakukan pergerakan di atas kerana kita tidak boleh berkomunikasi dengan ayam. Tetapi dengan mengetahui Hukum Pembelajaran, perkara yang hampir mustahil ini boleh dilaksanakan dalam masa kurang dari 10 minit.
Bahan: Seekor ayam yang agak lapar, sangkar yang dibina khas dengan corong dan butang berwarna merah, makanan ayam yang keluar melalui corong apabila suis ditekan.
Kaedah: Dalam ujikaji ini GANJARAN diberi dalam bentuk makanan.
Tahap l:
Buat permulaan kita akan memerhatikan ayam tersebut. Biasanya ayam tidak akan duduk diam. Ia akan senantiasa mengangkat-angkat kakinya dan mematuk secara rawak. Setiap kali ayam tersebut mengangkat kaki kirinya kita beri ia makanan (GANJARAN) dengan menekan suis. Kemudiannya jika kaki kirinya diangkat semula makanan akan diberi hanya jika kakinya diangkat lebih tinggi dari sebelumnya. Ayam dengan cepat dapat kaitkan perbuatan mengangkat kaki kiri dengan penerimaan makanan. Akhirnya kita akan mendapat seekor ayam yang berdiri di atas sebelah kaki. Pada peringkat ini kita cuma beri makanan jika ia mula berpusing seperti tahap II.
Tahap II:
Setiap kali ayam tersebut mengangkat kaki kirinya dan menoleh ke kanan makanan akan diberi. Lama kelamaan ayam ini akan sentiasa berdiri di atas kaki kirinya dan berpusing lehernya sehingga ke tahap badannya ikut berpusing sekali dan membuat satu pusingan.

Tahap III:
Ayam akan diberikan makanan jika ia membuat semua pergerakan tersebut secara berturutan iaitu, berdiri di atas kaki kiri, membuat satu pusingan ke kanan dan mematuk butang. Oleh sebab setiap kali ayam itu melakukan pergerakan di atas ia mendapat ganjaran dalam bentuk makanan, ayam tersebut akan mengulangi pergerakan ini secara berterusan.
Apakah yang dapat dipelajari daripada ujikaji ini?
- Satu tugas yang pada mulanya mustahil tetapi akhirnya dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah yang betul.
- Tugas yang kompleks boleh dilakukan secara berperingkat.
- Setiap perbuatan yang disusuli dengan ganjaran akan mengukuhkan perbuatan tersebut.
- Untuk setiap peringkat kita perlu ada matlamat; kesemua matlamat di setiap peringkat menuju ke matlamat akhir.
Apakah kaedah yang boleh kita lakukan untuk anak kita?
- Sediakan matlamat.
- Matlamat yang kompleks perlu dilakukan secara berperingkat.
- Ganjaran diberi untuk setiap matlamat yang dicapai pada setiap peringkat.
- Apabila ini sentiasa dilakukan ia akan meninggalkan kesan yang positif kepada anak-anak dan ini dapat dikekalkan sebagai keperibadian positif.
Rumusan untuk ibu bapa
- Sediakan matlamat yang ingin dicapai.
- Beri perhatian terhadap perkara yang positif/baik dilakukan oleh anak.
- Jangan beri perhatian terhadap perkara buruk/negatif yang dilakukan oleh anak.
- Beri ganjaran terhadap perkara positif yang dilakukan oleh anak atau
setel
ah matlamat dicapai.
- Anak perlukan perhatian dari ibu bapanya.
-
Setiap saat, perkembangan anak-anak dibentuk oleh alam persekitarannya, termasuk apa yang dipelajari daripada kedua-dua ibu bapanya.

- Apakah jenis-jenis ganjaran?
- Kata-kata pujian
- Kata-kata perangsang
- Memberikan perhatian dan pengiktirafan kepada perkara-perkara baik yang anak-anak lakukan serta memberitahu mereka penghargaan kita.
- Kadang-kala ganjaran diberi dalam bentuk hadiah.
- Bilakah waktu yang terbaik untuk kita memberi ganjaran?
Ganjaran paling berkesan apabila diberi sebaik sahaja kita dapati anak kita melakukan kebaikan. Oleh itu, kita haruslah sentiasa memberi perhatian kepada setiap perkara baik yang dilakukan oleh anak kita.
- Bagaimanakah caranya kita memberi ganjaran?

- Beritahu kepada anak kita kebaikan yang telah dilakukannya.
- Beri pujian secara ikhlas dan lemah lembut.
- Pelbagaikan cara pujian itu diberi. Elakkan daripada menggunakan kata-kata yang sama setiap masa.
Contoh ungkapan yang boleh digunakan:

BACK
| NEXT