

![]()
Buku ini bukan hanya suatu panduan bagaimana menjadi ibu bapa yang lebih berkesan. Ia sebenarnya merupakan langkah pertama dalam pendidikan anak-anak untuk masa depan yang lebih baik dan gemilang. Peperangan, pembunuhan, penjualan dan penagihan dadah, rompakan, keganasan, eksploitasi, pencemaran alam, amalan rasuah, kebuluran, buta huruf, keruntuhan akhlak dan bermacam-macam lagi gejala sosial berlaku dengan berleluasa pada masa kini. Seluruh dunia mengalami masalah ini pada kadar yang tinggi. Ini bukanlah dunia yang ditakdirkan Allah untuk kita warisi dan kita juga tidak mahu perkara yang menakutkan ini berterusan memusnahkan kehidupan anak-anak kita.
Pengetahuan dan teknik yang terdapat di dalam buku ini sangat berkesan dan jika digunakan dengan betul dan secara berterusan, ia dapat membimbing dan membantu ibu bapa membesar dan mendidik anak-anak mereka menjadi seorang muslim dalam erti kata yang sebenarnya; iaitu berjaya dalam dunia moden dari segi akademik dan profesional disamping memegang teguh amalan dan cara hidup Islam. Buku ini merupakan hasil pertama Projek Khalifah, di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.
Matlamat utama Projek Khalifah adalah untuk memberi rakyat Malaysia suatu pendekatan berkesan untuk mencemerlangkan keperibadian remaja dengan ketara sehingga Malaysia dikenali sebagai Negara yang mempunyai masyarakat yang ideal. Seterusnya kita boleh dijadikan model terbaik untuk pembangunan sosial di seluruh dunia. Untuk memastikan kejayaan projek ini, ia perlu dijadikan projek rakyat Malaysia yang patut diamalkan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
(Nota: Walaupun buku ini mempunyai pendekatan Islam – kami rasa maklumat yang terdapat di dalamnya ini sesuai diguna oleh semua ibu bapa tanpa mengira agama. Projek seterusnya yang akan diterbitkan oleh Projek Khalifah akan menumpukan perhatian dan mengambil kira mengenai kepelbagaian agama dan warisan budaya yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.)
TO READ:
(BAHASA MALAYSIA VERSION)
